Friday, June 15, 2012

Bila happy kata baby, bila marah kata ba?

Beberapa minggu lepas aku pergi ke One Utama dan apabila tiba di lampu trafik berhampiran, jalan tiba-tiba menjadi sesak akibat mereka yang kurang sabar. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki kelihatan menurunkan cermin keretanya demi memarahi si kurang sabar tadi. Malangnya oleh kerana terlalu marah, si pemarah tanpa sedar telah menurunkan cermin yang salah *cermin pintu belakang pemandu bukannya cermin pemandu seperti yang sepatutnya* Dan kemudian si pemarah tak semena-mena memandu laju menyusuri jalan seperti yang dilakukan si kurang sabar sebentar tadi. 

Moral of the story?
Sifat marah mampu membuat seseorang hilang pertimbangan sehinggakan benda yang semudah menurunkan cermin yang betul pun tak mampu lagi difikirkan. Marah juga kadang-kala mampu membuatkan kita menyesal sebab bila marah menguasai diri maka hilanglah segala pertimbangan.

(Di waktu gembira) 
Bf/gf: Baby, I love you like hell! I sanggup terjun gaung untuk u baby. Namo ajok lagi ea ayang mucuk mucuk intan payung pengarang jantung.

(Di waktu marah) 
Bf/gf: Kau ni memang b**i la! Ingat aku nak sangat ke kat kau perempuan s**l.

Pasti bukan aku seorang sahaja yang pernah melihat, mendengar malah mengalami sendiri perkara di atas. Bila marah, kata-kata keji dilemparkan dan bila telah reda dibuatnya seolah-olah tiada apa yang terjadi. Bagi aku, mereka yang sebegini tak wajar dijadikan  imamku dan anak-anak kelak. Aku tak pernah merasakan seorang lelaki/perempuan pemarah itu seorang yang menarik hati. Instead, I always disgust with this kind of person. 

Memang betul anda sedang marah, tapi mengapa perlu menggunakan api untuk memadam api yang akhirnya membakar diri? A fool can make you furious but never ever let yourself be a slaved to anger as eventually you'll regret the things you said, done or commit while in anger. Lagipun, merasa marah adalah sangat merugikan kerana
And since we don't have much time in this dunya, let us just not waste every seconds of our life with anger. Let just SMILE :D

4 comments: