Wednesday, November 11, 2015

Jungle Tracking di FRIM – Weekend with Nature

Assalamualaikum w.b.t
Astaghfirullah for past for I am a sinful devotee. Alhamdulillah for today for breath of faith and imaan. InshaAllah for future for being a faithful devotee and istiqamah till the end.

Pada Sabtu yang lepas 7hb November 2015, hubs and I went to FRIM for some ‘training’. Actually this coming weekend kami akan pergi tracking Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu dan disebabkan I’ve stayed home for too long, I am self-conscious dan rasa diri sendiri perlukan sedikit work out la before tracking. Takut pancit cepat sangat nanti malu dengan member lain yang join tracking tuu hihi.

Masih ingat lagi kali terakhir datang ke FRIM was in 2010 untuk tracking dan naik Canopy Walkway which was 5 years ago! Yups, memang lama gila dah tak bergomol dengan nature. Tapi sayang kali ini tak dapat nak naik Canopy Walkway lagi sebab kebetulan beberapa minggu yang lepas, FRIM telah dilanda ribut yang telah ‘mencederakan’ beberapa pokok penting mereka. So let the trees heal first!

Pagi Sabtu tu bangun seawal 5.45 am untuk sediakan bekal nasi lemak – hubs request dan bertolak dari Bukit Jalil (our house) about 6.15 am. Dari sini ke FRIM ambil masa hanya 30 mins sebab weekend so the traffic was clear, Alhamdulillah. Since FRIM is a huge place, hubs guna maps untuk cari the nearest entrance untuk tracking ke Sungai Kroh.


TRACKING PLAN
Engkabang to Rover Trail – 30 mins
Rover Trail – 30 mins
To picnic area Sungai Kroh from Rover Trail – 30 mins


Dalam pukul 7 am tu dah ramai orang yang beriadah includes jogging, tracking, main tenis dan basikal and many other activities la. Meriah sangat dan rasa seronok that we Malaysian are still doing healthy stuffs together whenever we have time.

So about 7.20 am we finally started our jungle tracking via Engkabang Trail – Trail yang agak mudah yang melalui kawasan hutan nipis dalam 20 mins dan kemudiannya tembus terus ke Rover Trail. Di awal tracking tu ada la panjat memanjat sedikit menggunakan tali yang disediakan dan since the night before hujan, trail agak berlumpur so kasut dan seluar berlumpur la sikit.

Jalan masuk ke Trail Engkabang sebelah je Rumah Melaka ni

Park kereta kat sini dan jalan 5 mins untuk ke area Rumah Melaka dan masuk ke Trail Engkabang

Akan jumpa sekolah ini bila park kereta di situ

Map ini terletak kt picnic area Sungai Kroh


Ini lah jalan masuk ke Engkabang. Nampak macam scary tapi ada trail so just follow along the path

Let's go!

Sebaik sahaja keluar dari Engkabang dan masuk ke Rover Trail, kami terserempak dengan beberapa orang lain yang jogging dan tracking. Mostly yang jogging di Rover Trail maybe pelari professional sebab jalan di situ macam jalan tracking yang tak rata berbatu-batu dan kadang kala mendaki. Orang biasa macam kitorg memang tak la nak jogging kt situ haha.

At the end of Rover Trail (after 30 mins of walking) we decided to straight away go to picnic area where Sungai Kroh situated. Kalau betul nak challenge diri lebih sikit, boleh je nak teruskan ke camp site tapi bukan buat masa sekarang la sebab laluan tu ditutup sebab ribut.

Turun je ke picnic area trail, banyak batu-batu besar sebab itu kawasan sungai. Agak tricky nk turun tapi tali disediakan so no worries just be extra careful sebab I did hurt myself on the way down. Lutut kanan terhentak ke batu besar sewaktu turun so time tu memang langsung tak boleh nak jalan la dan luka sikit je. Tengok, this is the reason why I need practice. Lemah sangat huuu..

Finally after another 30 mins of tracking, about 9 am kami pun sampai la di picnic area and there was this one guy in FRIM uniform waiting for us.

FRIM guy        : Abang lalu mana masuk sini tadi yea?
Us                    : Engkabang, dekat dengan Rumah Melaka tu.
FRIM guy        : Ohh, dah biasa datang sini ke? Mana tau trail tu?
Us                    : Ikut map je la. Jalan pun ada track so lalu je. First time la guna trail tu haha.
FRIM guy        : Okay. Next time jangan lalu situ lagi yea sebab sekarang ni kami tengah tutup Rover Trail dan kalau lalu juga kat situ, jadi apa-apa memang bukan under tanggungjawab FRIM la.
Me                 : Di website beritahu Rover Trail tutup tapi tak tau pun Engkabang tu tembus ke situ, tak ada tulis pun Rover Trail dan tak ada notis apa-apa di laluan tu.
Hubs                : Kira kita nasib baik la dapat lalu kat situ tadi, pasni dah tutup dah hehehe..
Me                   : Lol

NOTE: Make sure do some research on the particular website before you go anywhere for any activity. Kitorg dapat tau pasal ribut pun sebab buka website FRIM a day before. This research can help you to make better plan, save time and most importantly for your safety.

Selepas tu kitorg pun turun ke bawah untuk ke Sungai Kroh dan makan nasi lemak yang dibawa. Along the way there ramai orang yang tengah piknik sambil makan dan mandi-mande, ada juga yang bersenam dan bertafakur. Tak jauh dari situ there was this event, perhaps family day and loud music was playing while little children screaming and having fun.

Sungai Kroh yang cantik dan sejuk sesuai untuk bawa keluarga beriadah di hujung minggu

Selesai saja makan dalam pukul 9.30 am kami pun gerak balik. Ingatkan balik berdua, rupa-rupanya berempat. EMPAT?! Jeng jeng jeng. While driving back home, hubs pegang kaki sebab gatal and there it was PACAT. Kelam-kabut kitorg cari Petronas nak buang pacat tu dari kereta and then! Me myself plak felt something gooey at my back so apa lagi terus genggam baju tak bagi kena badan. Panggil hubs and he removed the pacat from my back – 1 inch away from masuk seluar, GELI woi!!

Disebabkan pacat tu ‘dipaksa’ melepaskan diri dari terus menggigit, darah keluar tanpa henti dengan banyaknya dan sampai hari ni still ada kesan luka dan kudis yang belum sembuh.

TIPS:
1.   Setiap kali selepas activity outdoor, especially melibatkan hutan dan sungai, check seluruh badan untuk make sure tak ‘terbawa’ balik PACAT/LINTAH.
2.      Gunakan garam untuk mudah lepaskan grip pacat/lintah dari gigit korang.
3.      Hentikan pendarahan akibat gigitan pacat/lintah dengan serbuk kopi diletak di tempat gigitan.
4.      Pakai la stoking tinggi or tights untuk haling pacat/lintah naik badan korang, eeuuww!

Well that’s how hubs and I spent the last Saturday together embracing the nature. Maha suci Allah yang menciptakan alam ini dengan penuh sempurna dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya. Can’t wait for this coming weekend for yet another weekend with nature dan kali ini memang betul adventure sebab ktorg akan tidur atas bukit yeay! I’ll update on that later after the trip inshaAllah.

Till then, assalamualaikum and have a wonderful Wednesday peeps!