Showing posts with label Jom Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jom Jalan. Show all posts

Wednesday, December 27, 2017

Maya Apartment Bay View Villas, Port Dickson: Review (Kotor!)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Every year without failed, inshaAllah family side husband akan ada event Family Day and this year alhamdulillah dah berlangsung dari Jumaat lepas till Isnin. Since Christmas on Monday so cuti panjang tak perlu additional cuti.

For third year in a row it was held in Port Dickson, which hopefully next year bolehlah nak berubah angin ke different venue plak haha. Anyway in this post nak share accommodation kami kt sana. Family kami ramai so perlukan at least 6 apartments and sebab last minute booking not much pun yang available.

After melihat sendiri keadaan Maya Apartment Bay View Villas, now it was obvious kenapa banyak je apartment yang available padahal peak weekend. 


Kami stay at 2 bedrooms apartment Blok A-7-03 at this how it looks like..



Old school furniture dengan langsir yang dah tercabut or pasang tak siap kot tapi at least ada Njoi provided. The kitchen was big tapi macam orang renovate rumah main tinggal all the stuffs. Siap ada tin cat, tangga, lampu dah terbakar ke apa ntah..



The worst thing of all definitely the fridge. Tak pernah lagi dalam hidup jumpa kulat dalam fridge punya freezer di apartment yang disewakan kt orang. Kesan hitam tu after dah lap kulat tuu.. Patut ambil gambar before lap because it was surely gross, cendawan hitam-hitam tumbuh dengan sihatnya.. magadd!!



The room was as old school as the hall with that nenek punya cadar dan selimut ntah abad bila lah kan, with NO kipas, NO cermin dan tepi katil yang sangat berhabuk. Aarfan lost the aircond (20 tahun punya aircond alhamdulillah still function) so hubs looked under the bed, siap boleh jumpa kopiah! Gila KOTOR!


Toilet was not any better, with no hot water or heater.. tu takpe lagi.. Toilet bowl yang kuning kotor and surely disgusting. Tak ada langsung tempat untuk gantung towel or baju but they provide us with mop, sabun basuh hashtag me being sarcastic.



The master bedroom okaylah sikit, part cadar not so nenek tapi the rest all the same. There was en suit bathroom attached to it and luckily ada heater yang masih berfungsi.



The ONLY good thing I can say about this apartment.. well, the ok view from the balcony that facing the swimming pool dan boleh juga nampak laut sikit. Seterika pun ada disediakan tapi not sure function ke tak sebab I used my own.



But again, it is unfair to generalized semua apartment teruk since it depends on the owner. My mother-in-law punya 3 bedrooms apartment was not this bad. Furniture dari IKEA and the apartment itself  facing laut with such a breathtaking view subhanAllah.. TAPI fridge still KOTOR.


Meanwhile, the rest of the apartments lain yang kami sewa most of it families complained. Ada yang NO kipas, ada NO aircond, fridge kotor, kettle rosak so boleh disimpulkan this place is horrible. For me, it is okay to be old school but not so cool to be kotor.

From ibu and Aarfan, find other place to stay unless you don't mind semua ni. Until then, assalamualaikum! 



Tuesday, December 19, 2017

Big Bad Wolf 2017: Books Fair Murah Gila

Assalamualaikum

Yesterday's midnight marks the end of this year's Big Bad Wolf 2017 dan kali ni berjaya pergi dua kali sebab first time tu Aarfan meragam tak nak tidur dan second time barulah dapat shopping.. sekejap. This year rasanya Big Bad Wolf provide a bigger section for children's books tapi cloth book dan touch & feel book kurang or maybe tak jumpa sebab sempat jalan about an hour je.


Even at midnight still kena queue untuk snap picture kat sini sebab forever ramai crowd unless it is midnight on weekdays. Parking under the exhibition hall pun lebih murah RM3 Mon - Fri dan RM5 Sat - Sun per entry.


This time around BBW sediakan troli kecil so senang letak buku dan anak-anak which I think is brilliant. First dulu they provide box then basket ada roda tu and finally now a mini troli so improvement la every time, great! 

 


Since Aarfan suka hisap buku so mostly memang sekejap je dah koyak and no other choice but to buy board book sebab tebal so hisap kemam lah berapa lama pun for sure tak lunyai, at least will take years la kot haha.

The books selection varies from babies, toddler, children, teenagers to adults and even grown men so it is definitely a paradise for all books lover! Harga way cheaper dan boleh jimat dalam at least RM10 okay so mostly parents will come here dan beli buku stok setahun untuk anak-anak.




We need at least 2 hours to just browse through all sections tapi this year Aarfan ada so sempat sejam je pergi randomly belek section children. Now that's the best part of it, bukan setakat boleh belek, boleh duduk baca sambil kalau lapar or dahaga there's even small cafe there.
Honestly speaking, hubs and me bukan book lovers tapi sejak BBW wujud few years back, we bought so many books dan even dah setahun tak habis lagi baca haha. Now all those books aarfan suka sepahkan and this picture down here just sikit dari total books we bought from BBW. 


 Anyway, can't wait for next year's BBW cause Aarfan will be 1 year plus so hopefully dah ada character or books preference. Well until then, tata dari ibu dan Aarfan!




Sunday, December 17, 2017

Menu Boat Noodle Paling Sedap

Assalamualaikum



Bila weekend je time tak balik kampung for sure akan keluar sebab nak makan sedap dan antara tempat paling favourite is Boat Noodle! Ada banyak je menu kat Boat Noodle tu tapi iols paling suka..


1.  Chicken Pathumthani


Rasa masam-masam, tambah pulak dengan fish sos yang masin dan chili flakes pedas.. memang sedap sangat! Time pantang hari tu mengidam teruk la juga nak makan ni haha. Tapi hubby prefer beef Ayutthaya sebab lebih creamy dan berempah.


2. Sour Yum Mama




Rasa Sour Yum Mama ni exactly as it's name, kerabu maggie yang rasa masam dan pedas macam tom yam. Rasa sekali macam biasa je but then very addictive tetiba je dah habis sepinggan haha.


3. Sang Kaya


Sejak azali lagi memang suka makan roti dan roti steam ni nothing special pun just gebu dan super soft tapi kaya kat tengah tu yang power. Manis, berlemak dan bau pandan sedap sangat but sadly lately Boat Noodle kedekut, bagi sikit je.. mana cukup nak cicah dengan roti banyak tuuu..


4. Terer Taro




Their green tea used to be my favourite tapi since ada Aarfan so tak boleh nak consume too much tea and fortunately lah ada air yam ni yeay! Taro = yam = keladi = sedap!

Okay tu je la yang paling paling suka and we kept on makan tu je every time we when there. Pelik kan carta ada 4 je, well dah tu je paling favourite haha. Till then tata dari ibu and Aarfan!


Antara Boat Noodle dengan masakan ibu, Aarfan choose ibu's! Its not like Aarfan has a choice hahaha


And thanks babah for the treat! Murah rezeki belanja lagi!







Wednesday, November 11, 2015

Jungle Tracking di FRIM – Weekend with Nature

Assalamualaikum w.b.t
Astaghfirullah for past for I am a sinful devotee. Alhamdulillah for today for breath of faith and imaan. InshaAllah for future for being a faithful devotee and istiqamah till the end.

Pada Sabtu yang lepas 7hb November 2015, hubs and I went to FRIM for some ‘training’. Actually this coming weekend kami akan pergi tracking Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu dan disebabkan I’ve stayed home for too long, I am self-conscious dan rasa diri sendiri perlukan sedikit work out la before tracking. Takut pancit cepat sangat nanti malu dengan member lain yang join tracking tuu hihi.

Masih ingat lagi kali terakhir datang ke FRIM was in 2010 untuk tracking dan naik Canopy Walkway which was 5 years ago! Yups, memang lama gila dah tak bergomol dengan nature. Tapi sayang kali ini tak dapat nak naik Canopy Walkway lagi sebab kebetulan beberapa minggu yang lepas, FRIM telah dilanda ribut yang telah ‘mencederakan’ beberapa pokok penting mereka. So let the trees heal first!

Pagi Sabtu tu bangun seawal 5.45 am untuk sediakan bekal nasi lemak – hubs request dan bertolak dari Bukit Jalil (our house) about 6.15 am. Dari sini ke FRIM ambil masa hanya 30 mins sebab weekend so the traffic was clear, Alhamdulillah. Since FRIM is a huge place, hubs guna maps untuk cari the nearest entrance untuk tracking ke Sungai Kroh.


TRACKING PLAN
Engkabang to Rover Trail – 30 mins
Rover Trail – 30 mins
To picnic area Sungai Kroh from Rover Trail – 30 mins


Dalam pukul 7 am tu dah ramai orang yang beriadah includes jogging, tracking, main tenis dan basikal and many other activities la. Meriah sangat dan rasa seronok that we Malaysian are still doing healthy stuffs together whenever we have time.

So about 7.20 am we finally started our jungle tracking via Engkabang Trail – Trail yang agak mudah yang melalui kawasan hutan nipis dalam 20 mins dan kemudiannya tembus terus ke Rover Trail. Di awal tracking tu ada la panjat memanjat sedikit menggunakan tali yang disediakan dan since the night before hujan, trail agak berlumpur so kasut dan seluar berlumpur la sikit.

Jalan masuk ke Trail Engkabang sebelah je Rumah Melaka ni

Park kereta kat sini dan jalan 5 mins untuk ke area Rumah Melaka dan masuk ke Trail Engkabang

Akan jumpa sekolah ini bila park kereta di situ

Map ini terletak kt picnic area Sungai Kroh


Ini lah jalan masuk ke Engkabang. Nampak macam scary tapi ada trail so just follow along the path

Let's go!

Sebaik sahaja keluar dari Engkabang dan masuk ke Rover Trail, kami terserempak dengan beberapa orang lain yang jogging dan tracking. Mostly yang jogging di Rover Trail maybe pelari professional sebab jalan di situ macam jalan tracking yang tak rata berbatu-batu dan kadang kala mendaki. Orang biasa macam kitorg memang tak la nak jogging kt situ haha.

At the end of Rover Trail (after 30 mins of walking) we decided to straight away go to picnic area where Sungai Kroh situated. Kalau betul nak challenge diri lebih sikit, boleh je nak teruskan ke camp site tapi bukan buat masa sekarang la sebab laluan tu ditutup sebab ribut.

Turun je ke picnic area trail, banyak batu-batu besar sebab itu kawasan sungai. Agak tricky nk turun tapi tali disediakan so no worries just be extra careful sebab I did hurt myself on the way down. Lutut kanan terhentak ke batu besar sewaktu turun so time tu memang langsung tak boleh nak jalan la dan luka sikit je. Tengok, this is the reason why I need practice. Lemah sangat huuu..

Finally after another 30 mins of tracking, about 9 am kami pun sampai la di picnic area and there was this one guy in FRIM uniform waiting for us.

FRIM guy        : Abang lalu mana masuk sini tadi yea?
Us                    : Engkabang, dekat dengan Rumah Melaka tu.
FRIM guy        : Ohh, dah biasa datang sini ke? Mana tau trail tu?
Us                    : Ikut map je la. Jalan pun ada track so lalu je. First time la guna trail tu haha.
FRIM guy        : Okay. Next time jangan lalu situ lagi yea sebab sekarang ni kami tengah tutup Rover Trail dan kalau lalu juga kat situ, jadi apa-apa memang bukan under tanggungjawab FRIM la.
Me                 : Di website beritahu Rover Trail tutup tapi tak tau pun Engkabang tu tembus ke situ, tak ada tulis pun Rover Trail dan tak ada notis apa-apa di laluan tu.
Hubs                : Kira kita nasib baik la dapat lalu kat situ tadi, pasni dah tutup dah hehehe..
Me                   : Lol

NOTE: Make sure do some research on the particular website before you go anywhere for any activity. Kitorg dapat tau pasal ribut pun sebab buka website FRIM a day before. This research can help you to make better plan, save time and most importantly for your safety.

Selepas tu kitorg pun turun ke bawah untuk ke Sungai Kroh dan makan nasi lemak yang dibawa. Along the way there ramai orang yang tengah piknik sambil makan dan mandi-mande, ada juga yang bersenam dan bertafakur. Tak jauh dari situ there was this event, perhaps family day and loud music was playing while little children screaming and having fun.

Sungai Kroh yang cantik dan sejuk sesuai untuk bawa keluarga beriadah di hujung minggu

Selesai saja makan dalam pukul 9.30 am kami pun gerak balik. Ingatkan balik berdua, rupa-rupanya berempat. EMPAT?! Jeng jeng jeng. While driving back home, hubs pegang kaki sebab gatal and there it was PACAT. Kelam-kabut kitorg cari Petronas nak buang pacat tu dari kereta and then! Me myself plak felt something gooey at my back so apa lagi terus genggam baju tak bagi kena badan. Panggil hubs and he removed the pacat from my back – 1 inch away from masuk seluar, GELI woi!!

Disebabkan pacat tu ‘dipaksa’ melepaskan diri dari terus menggigit, darah keluar tanpa henti dengan banyaknya dan sampai hari ni still ada kesan luka dan kudis yang belum sembuh.

TIPS:
1.   Setiap kali selepas activity outdoor, especially melibatkan hutan dan sungai, check seluruh badan untuk make sure tak ‘terbawa’ balik PACAT/LINTAH.
2.      Gunakan garam untuk mudah lepaskan grip pacat/lintah dari gigit korang.
3.      Hentikan pendarahan akibat gigitan pacat/lintah dengan serbuk kopi diletak di tempat gigitan.
4.      Pakai la stoking tinggi or tights untuk haling pacat/lintah naik badan korang, eeuuww!

Well that’s how hubs and I spent the last Saturday together embracing the nature. Maha suci Allah yang menciptakan alam ini dengan penuh sempurna dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya. Can’t wait for this coming weekend for yet another weekend with nature dan kali ini memang betul adventure sebab ktorg akan tidur atas bukit yeay! I’ll update on that later after the trip inshaAllah.

Till then, assalamualaikum and have a wonderful Wednesday peeps!


Wednesday, October 28, 2015

Amsterdam, A Place I wish to Stay Forever – Review Ibis Budget Hotel Amsterdam #EuroTrip #Backpackers

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah for today and this opportunity to continue sharing my experience travelling to Amsterdam, Netherlands – one of the European countries I went during my EuroTrip. Syukur pada Allah kerana telah berikan peluang untukku melihat kekuasaan Allah Tuhan yang Maha Pencipta.

Alhamdulillah dan syukur juga kerana masuk hari ini dah 2 hari kita diturunkan rahmat berupa hujan yang bukan sahaja menyejukkan malah menghilang jerebu yang makin teruk dan tak tahu bila nak beakhir kt Malaysia ni.

Ibis Budget Hotel, Amsterdam Airport


Ibis Budget Hotel adalah tempat penginapan kami selama 2 hari 1 malam yang menyediakan segala kemudahan asas yang lengkap walaupun nama ‘budget’ tu nampak macam kurang yakin, tapi ini budget tahap Amsterdam.

Terletak hanya 20 – 30 mins dari Schiphol Airport dan beberapa hotel lain seperti Ibis Hotel (up sikit dari Ibis Budget) merupakan tempat penginapan pilihan kami sebab dekat dan murah.

The rate of the hotel was about € 55.30 = RM 237.40 (conversion rate at that time) per room that can fill up to 3 person. Time to check-in from 2 pm and check-out 12 noon sama macam kt sini juga.

FREE wifi ada untuk setiap bilik dan FREE shuttle back and forth to Schiphol Airport right in front of the doorstep. As I mention in earlier post, FREE locker room turut disediakan kepada pengunjung hotel, great!

TIPS: Anda perlu (disarankan) bawa:
1.      RICE COOKER untuk masak nasi/panaskan lauk/air panas
2.      TOILETRIES seperti shampoo, sabun, berus gigi etc. tidak disediakan so WAJIB bawa
3.      BOTOL/BEKAS AIR untuk kegunaan di toilet sebab di Europe langsung tiada paip dalam jamban
4.      Cawan/pinggan/sudu tidak disediakan
5.      Travel Universal Adaptor sebab nanti tak boleh nak guna semua barang electric dan charge phones

INFO: Air paip di Europe SELAMAT diminum terus dari paip  tanpa perlu dimasak dahulu tapi make sure minum air paling sejuk (terus dari source semula jadi dan tidak melalui filter – kemungkinan karat etc.) dan kalau nak minum hot drinks, kenalah masak.


Perjalanan di dalam FREE shuttle dari Schiphol Airport ke Ibis Budget Hotel menyusuri tepi laluan kapal terbang yang panjang dan menyaksikan semua airlines yang ada. Kami naik tuuu.. KLM

Setiap bas, tram, metro, pasti disediakan screen macam depan tu untuk panduan penumpang bila exactly masa kita akan sampai ke destinasi yang dituju and they are VERY punctual

Turut disediakan cafe untuk visitors dan tempat banyak beg tu, tempat tunggu FREE shuttle bas menuju ke Schiphol Airport

Sinki ada diluar toilet dan TIADA toiletries atau kettle disediakan hanya towel yang tergantung tu

Jadi kami bawa rice cooker sendiri untuk masak nasi dan panaskan lauk serta masak air panas. Jangan lupa bawa Universal Travel Adaptor kalau tak buat penat je bawa rice cooker tak boleh guna

Basic toilet yanf tanpa paip ini akan dilihat di seluruh Europe jadi be prepared! Bawa bekas/botol air untuk mencuci apa yang patut


Shower dan toilet separate dan shower room ni agak kecil la muat-muat untuk 1 person dan jika mandi terlalu 'ganas', air akan merecik keluar dari bilik shower dan membanjiri bilik anda haha

Katil di setiap bilik lebih kurang sama iaitu boleh memuatkan 3 persons so sorang akan kena tidur di atas. TV dan heater turut disediakan.

Encik husband merenung ke luar jendela melihat ribuan kapal terbang yang berlepas selang 2 mins rasanya dan subhanAllah pemandangan yang cantik serta cuaca yang sangat sejuk! Dari hari pertama setiap pagi mulut kami berasap-asap bila bercakap dan since ini first time, jakun jadinya haha
Di kawasan lobi hotel ada juga vending machine ni di mana snacks and drinks boleh dibeli. Aunty tu tengah beli coffee then she transfer it in her flask

Waktu kami nak check-out, ada juga rakyat Malaysia (student) yang turut sama menginap di sini. Kat luar negara bila jumpa orang senegara atau orang Islam, sure excited lebih hehe

Tu la FREE shuttle yang bawa kami ke Schiphol Airport, memang berhenti depan pintu hotel kan. Dan kalau tak silap, shuttle ada setiap 15 mins


Ada parking lot untuk visitors dan hutan kecil di belakang tu, ada banyak rabbit liar berkeliaran! Tapi bilik sayan and hubs menghadap kapal terbang so tak dapat la tengok hanya adik ipar yang ambil gambar
Out of 5 I give this hotel 4 stars (1 star sebab paip tak ada haha)! Jadi jika ingin menginap di hotel ini, silakan. Itu sahaja untuk post kali ini diharap dapat membantu beri info kt anda inshaAllah.

Till then, assalamualaikum and have a barakah day ahead!