Wednesday, October 28, 2015

Amsterdam, A Place I wish to Stay Forever – Review Ibis Budget Hotel Amsterdam #EuroTrip #Backpackers

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah for today and this opportunity to continue sharing my experience travelling to Amsterdam, Netherlands – one of the European countries I went during my EuroTrip. Syukur pada Allah kerana telah berikan peluang untukku melihat kekuasaan Allah Tuhan yang Maha Pencipta.

Alhamdulillah dan syukur juga kerana masuk hari ini dah 2 hari kita diturunkan rahmat berupa hujan yang bukan sahaja menyejukkan malah menghilang jerebu yang makin teruk dan tak tahu bila nak beakhir kt Malaysia ni.

Ibis Budget Hotel, Amsterdam Airport


Ibis Budget Hotel adalah tempat penginapan kami selama 2 hari 1 malam yang menyediakan segala kemudahan asas yang lengkap walaupun nama ‘budget’ tu nampak macam kurang yakin, tapi ini budget tahap Amsterdam.

Terletak hanya 20 – 30 mins dari Schiphol Airport dan beberapa hotel lain seperti Ibis Hotel (up sikit dari Ibis Budget) merupakan tempat penginapan pilihan kami sebab dekat dan murah.

The rate of the hotel was about € 55.30 = RM 237.40 (conversion rate at that time) per room that can fill up to 3 person. Time to check-in from 2 pm and check-out 12 noon sama macam kt sini juga.

FREE wifi ada untuk setiap bilik dan FREE shuttle back and forth to Schiphol Airport right in front of the doorstep. As I mention in earlier post, FREE locker room turut disediakan kepada pengunjung hotel, great!

TIPS: Anda perlu (disarankan) bawa:
1.      RICE COOKER untuk masak nasi/panaskan lauk/air panas
2.      TOILETRIES seperti shampoo, sabun, berus gigi etc. tidak disediakan so WAJIB bawa
3.      BOTOL/BEKAS AIR untuk kegunaan di toilet sebab di Europe langsung tiada paip dalam jamban
4.      Cawan/pinggan/sudu tidak disediakan
5.      Travel Universal Adaptor sebab nanti tak boleh nak guna semua barang electric dan charge phones

INFO: Air paip di Europe SELAMAT diminum terus dari paip  tanpa perlu dimasak dahulu tapi make sure minum air paling sejuk (terus dari source semula jadi dan tidak melalui filter – kemungkinan karat etc.) dan kalau nak minum hot drinks, kenalah masak.


Perjalanan di dalam FREE shuttle dari Schiphol Airport ke Ibis Budget Hotel menyusuri tepi laluan kapal terbang yang panjang dan menyaksikan semua airlines yang ada. Kami naik tuuu.. KLM

Setiap bas, tram, metro, pasti disediakan screen macam depan tu untuk panduan penumpang bila exactly masa kita akan sampai ke destinasi yang dituju and they are VERY punctual

Turut disediakan cafe untuk visitors dan tempat banyak beg tu, tempat tunggu FREE shuttle bas menuju ke Schiphol Airport

Sinki ada diluar toilet dan TIADA toiletries atau kettle disediakan hanya towel yang tergantung tu

Jadi kami bawa rice cooker sendiri untuk masak nasi dan panaskan lauk serta masak air panas. Jangan lupa bawa Universal Travel Adaptor kalau tak buat penat je bawa rice cooker tak boleh guna

Basic toilet yanf tanpa paip ini akan dilihat di seluruh Europe jadi be prepared! Bawa bekas/botol air untuk mencuci apa yang patut


Shower dan toilet separate dan shower room ni agak kecil la muat-muat untuk 1 person dan jika mandi terlalu 'ganas', air akan merecik keluar dari bilik shower dan membanjiri bilik anda haha

Katil di setiap bilik lebih kurang sama iaitu boleh memuatkan 3 persons so sorang akan kena tidur di atas. TV dan heater turut disediakan.

Encik husband merenung ke luar jendela melihat ribuan kapal terbang yang berlepas selang 2 mins rasanya dan subhanAllah pemandangan yang cantik serta cuaca yang sangat sejuk! Dari hari pertama setiap pagi mulut kami berasap-asap bila bercakap dan since ini first time, jakun jadinya haha
Di kawasan lobi hotel ada juga vending machine ni di mana snacks and drinks boleh dibeli. Aunty tu tengah beli coffee then she transfer it in her flask

Waktu kami nak check-out, ada juga rakyat Malaysia (student) yang turut sama menginap di sini. Kat luar negara bila jumpa orang senegara atau orang Islam, sure excited lebih hehe

Tu la FREE shuttle yang bawa kami ke Schiphol Airport, memang berhenti depan pintu hotel kan. Dan kalau tak silap, shuttle ada setiap 15 mins


Ada parking lot untuk visitors dan hutan kecil di belakang tu, ada banyak rabbit liar berkeliaran! Tapi bilik sayan and hubs menghadap kapal terbang so tak dapat la tengok hanya adik ipar yang ambil gambar
Out of 5 I give this hotel 4 stars (1 star sebab paip tak ada haha)! Jadi jika ingin menginap di hotel ini, silakan. Itu sahaja untuk post kali ini diharap dapat membantu beri info kt anda inshaAllah.

Till then, assalamualaikum and have a barakah day ahead! 







No comments:

Post a Comment