Tuesday, August 14, 2012

Cinta ini Sekabur Penglihatanku

"Sis, cuba kau cakap betul-betul kau dengan dia ada harapan lagi tak ni? Mama dah banyak kali tanya tahu tak. Ayong pun lately ada teringatkan dia. Yea la, last year kita beraya rumah family dia semua"

Masuk bulan ni dah almost 9 bulan tiada lagi 'kami', yang tinggal hanya aku dan dia di haluan masing-masing tapi dibibir keluargaku tak pernah lekang menyebut namanya sampaikan anak buahku yang baru 5 tahun pun turut sama. Tidak tahu samada rimas atau lemas yang aku rasakan. Tapi jauh disudut hati aku kian buntu dengan apa yang harus aku lakukan demi memadam terus nama itu dari benak keluargaku. Aku sangka masa akan meluputkan segalanya tapi ternyata lebih banyak masa yang diperlukan dalam situasi ini. 

Aku sedar cinta bukan sekadar bila diperlukan aku cari dan bila tidak aku tinggalkan.


"Siapa budak laki tu? Bila kau tak suka nanti kau tinggalkan dia. Ingat orang tak ada hati ke?"

Pernah dulu kata-kata ini keluar daripada mulut mama dan terus menusuk ke kalbuku. Betul ke aku orang yang sebegitu? Orang yang tidak menghiraukan hati dan perasaan orang lain. Kadangkala terlintas di hatiku kenapalah ada orang suka pada aku. Pergilah suka pada orang lain yang jauh lebih baik, lebih cantik, lebih segala-galanya daripada aku. Ya Allah, kuatkan hatiku demi menempuh segala dugaan dan ujianMu ini. Hanya Kau yang lebih mengetahui apa dan siapa yang terbaik buatku. Kerana pada waktu ini segalanya masih kabur buatku. . .


Maafkanku atas segalanya.
Bukan niat untuk merahsiakan tapi semua ini terlalu sukar untuk diluahkan
Moga Aurora&Eskimo mendapat restu akhirnya nanti.


Thursday, August 9, 2012

Cinta, Budi dan Restu. Ada kena mengena ke?


Salam
Lately people have been talking and reviewing on Dejavu Di Kinabalu sebab series tu baru je habis last week. Jadi dengan ini ku ingin turut serta. Hehe. Since at my rental house there's ain't tv  *but now dah ada. Yeay!* so dengan gigihnya menonton di 


Ehem. . .semangat okay edit picture ni. Tapi picture asal di google sahaja. Hee

From the very beginning of the series lagi aku dah anti Nadirah. And later on Ammar pun turut sama di anti. Sebab? Sebab mereka terlalu leka dibuai 'CINTA' sehingga mereka rasa cinta itu hanya di antara dua pihak sahaja. Mak ayah kakak dan orang lain lansung tak ada makna. Betul ke cinta macam ni. Ada orang kata kalau keluarga kita tak suka dengan pilihan hati kita, tak apa lah. Kita bukan nak khawin dengan mak ayah dia pun. Kataku? Perkhawinan adalah antara aku, kau dan kaum keluarga kita. Adil ke kalau kerana cinta kita ketepikan orang lain yg selama ini hadir dalam hidup kita. Yang telah lahirkan dan membesarkan kita. I don't think so.

Cinta itu tak buta. Kita yang kena buka mata untuk melihat takala cinta hadir mengaburi penglihatan ini. Sebab sewaktu bercinta kita melihat meggunakan rasa, emosi dan bukannya mata dan bantuan akal. Aku pernah kenal seorang lelaki yang sifatnya seperti Bazli. Terlalu baik, penyayang, sanggup buat apa sahaja demi tidak melukai hati yang gadis yang dicintainya. Dan apa yang terjadi adalah gadis yang tidak kenang budi itu pergi meninggalkan lelaki yang terlalu mencintainya lebih daripada dirinya sendiri. Atas dasar apakah? Kerana katanya *seperti juga kata ayah Nadirah*

. .CINTA dan BUDI adalah dua perkara yang berbeza. .

Mungkin betul kita sukar untuk jatuh cinta dengan orang yang berbudi kepada kita. Tak semestinya orang tu buat baik pada kita, kita mesti akan jatuh cinta padanya. Tapi selalunya orang yang berbudi pada kita ni atas dasar cintanya pada kita. Maka tak salah untuk mencintai orang yang cintakan kita dan sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan kita. Kita mungkin tidak mencintai orang yang bakal kita khawini tapi kita pasti mencintai insan yang bergelar suami. At least it is for me. InsyaAllah I'll love my hubby til the end of my life. . . *Eh hubby? Gatai nak khawin yea cik ain. Hiks

The point is, bercintalah berpada-pada. Meaning that cinta itu bukanlah segalanya. Ia perlukan restu keluarga kedua-dua belah pihak kerana doa ibu bapa itu sangat makbul. Dan pastinya kita inginkan hubungan yang berkekalan dan diredhaiNYA. Lelaki yang sanggup membelakangkan keluarga pihak perempuan bukanlah lelaki yang layak dikhawini maka jauhilah lelaki yang sebegini. Baiklah. . .itu sahaja daripada saya, doktor pakar jiwa jiwa *haha. Perasan!*
Sekian.