Salam
Lately people have been talking and reviewing on Dejavu Di Kinabalu sebab series tu baru je habis last week. Jadi dengan ini ku ingin turut serta. Hehe. Since at my rental house there's ain't tv *but now dah ada. Yeay!* so dengan gigihnya menonton di
Lately people have been talking and reviewing on Dejavu Di Kinabalu sebab series tu baru je habis last week. Jadi dengan ini ku ingin turut serta. Hehe. Since at my rental house there's ain't tv *but now dah ada. Yeay!* so dengan gigihnya menonton di
From
the very beginning of the series lagi aku dah anti Nadirah. And later on Ammar
pun turut sama di anti. Sebab? Sebab mereka terlalu leka dibuai 'CINTA'
sehingga mereka rasa cinta itu hanya di antara dua pihak sahaja. Mak ayah kakak
dan orang lain lansung tak ada makna. Betul ke cinta macam ni. Ada orang kata
kalau keluarga kita tak suka dengan pilihan hati kita, tak apa lah. Kita bukan
nak khawin dengan mak ayah dia pun. Kataku? Perkhawinan adalah antara aku, kau
dan kaum keluarga kita. Adil ke kalau kerana cinta kita ketepikan orang lain yg
selama ini hadir dalam hidup kita. Yang telah lahirkan dan membesarkan kita. I
don't think so.
Cinta
itu tak buta. Kita yang kena buka mata untuk melihat takala cinta hadir
mengaburi penglihatan ini. Sebab sewaktu bercinta kita melihat meggunakan rasa,
emosi dan bukannya mata dan bantuan akal. Aku pernah kenal seorang lelaki yang sifatnya
seperti Bazli. Terlalu baik, penyayang, sanggup buat apa sahaja demi tidak
melukai hati yang gadis yang dicintainya. Dan apa yang terjadi adalah gadis
yang tidak kenang budi itu pergi meninggalkan lelaki yang terlalu mencintainya
lebih daripada dirinya sendiri. Atas dasar apakah? Kerana katanya *seperti juga kata ayah Nadirah*
. .CINTA dan BUDI adalah dua perkara yang berbeza. .
Mungkin betul kita sukar untuk jatuh cinta dengan orang yang berbudi kepada kita. Tak semestinya orang tu buat baik pada kita, kita mesti akan jatuh cinta padanya. Tapi selalunya orang yang berbudi pada kita ni atas dasar cintanya pada kita. Maka tak salah untuk mencintai orang yang cintakan kita dan sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan kita. Kita mungkin tidak mencintai orang yang bakal kita khawini tapi kita pasti mencintai insan yang bergelar suami. At least it is for me. InsyaAllah I'll love my hubby til the end of my life. . . *Eh hubby? Gatai nak khawin yea cik ain. Hiks
The point is, bercintalah berpada-pada. Meaning that cinta itu bukanlah segalanya. Ia perlukan restu keluarga kedua-dua belah pihak kerana doa ibu bapa itu sangat makbul. Dan pastinya kita inginkan hubungan yang berkekalan dan diredhaiNYA. Lelaki yang sanggup membelakangkan keluarga pihak perempuan bukanlah lelaki yang layak dikhawini maka jauhilah lelaki yang sebegini. Baiklah. . .itu sahaja daripada saya, doktor pakar jiwa jiwa *haha. Perasan!*
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment