Tuesday, August 14, 2012

Cinta ini Sekabur Penglihatanku

"Sis, cuba kau cakap betul-betul kau dengan dia ada harapan lagi tak ni? Mama dah banyak kali tanya tahu tak. Ayong pun lately ada teringatkan dia. Yea la, last year kita beraya rumah family dia semua"

Masuk bulan ni dah almost 9 bulan tiada lagi 'kami', yang tinggal hanya aku dan dia di haluan masing-masing tapi dibibir keluargaku tak pernah lekang menyebut namanya sampaikan anak buahku yang baru 5 tahun pun turut sama. Tidak tahu samada rimas atau lemas yang aku rasakan. Tapi jauh disudut hati aku kian buntu dengan apa yang harus aku lakukan demi memadam terus nama itu dari benak keluargaku. Aku sangka masa akan meluputkan segalanya tapi ternyata lebih banyak masa yang diperlukan dalam situasi ini. 

Aku sedar cinta bukan sekadar bila diperlukan aku cari dan bila tidak aku tinggalkan.


"Siapa budak laki tu? Bila kau tak suka nanti kau tinggalkan dia. Ingat orang tak ada hati ke?"

Pernah dulu kata-kata ini keluar daripada mulut mama dan terus menusuk ke kalbuku. Betul ke aku orang yang sebegitu? Orang yang tidak menghiraukan hati dan perasaan orang lain. Kadangkala terlintas di hatiku kenapalah ada orang suka pada aku. Pergilah suka pada orang lain yang jauh lebih baik, lebih cantik, lebih segala-galanya daripada aku. Ya Allah, kuatkan hatiku demi menempuh segala dugaan dan ujianMu ini. Hanya Kau yang lebih mengetahui apa dan siapa yang terbaik buatku. Kerana pada waktu ini segalanya masih kabur buatku. . .


Maafkanku atas segalanya.
Bukan niat untuk merahsiakan tapi semua ini terlalu sukar untuk diluahkan
Moga Aurora&Eskimo mendapat restu akhirnya nanti.


No comments:

Post a Comment