Tuesday, November 13, 2012
Aku. Kau. Gila.
Ku lipat kecil kecil
Ku kerat sehingga lumat
Ku sorok sampai tiada yang mampu menemuinya
Ku sembunyikan dalam dalam
Ku nafikan segalanya
Namun. . .
Ah ini kerja gila
Rasa ini gila
Aku sendiri sudah gila barangkali
Eh apa itu G I L A?
Gila lah kau ni!
Wednesday, October 17, 2012
Tersepit A K U
Tersepit aku di antara dua.
Menjaga hati, rasa hati, ikutkan hati. . . yang pasti semuanya mati.
Hati ini kembali sakit dan parah memikirkan terlalu banyak perkara. Mana penghujungnya ni? Serabut lah!
Demi Allah,
aku sangat keliru dengan apa yang harus aku lakukan
atau apa yang patut aku rasa.
Saat ini tergenang air di kelopak mataku.
Berombak dadaku menarik nafas.
Ya Allah,
ringankan segala apa yang ku lalui kini.
Tenangkanlah hatiku dan hati hati nya.
Istikharah harus aku lakukan
*helaan nafas panjang ditarik. . .
Tuesday, August 14, 2012
Cinta ini Sekabur Penglihatanku
"Sis, cuba kau cakap betul-betul kau dengan dia ada harapan lagi tak ni? Mama dah banyak kali tanya tahu tak. Ayong pun lately ada teringatkan dia. Yea la, last year kita beraya rumah family dia semua"
Masuk bulan ni dah almost 9 bulan tiada lagi 'kami', yang tinggal hanya aku dan dia di haluan masing-masing tapi dibibir keluargaku tak pernah lekang menyebut namanya sampaikan anak buahku yang baru 5 tahun pun turut sama. Tidak tahu samada rimas atau lemas yang aku rasakan. Tapi jauh disudut hati aku kian buntu dengan apa yang harus aku lakukan demi memadam terus nama itu dari benak keluargaku. Aku sangka masa akan meluputkan segalanya tapi ternyata lebih banyak masa yang diperlukan dalam situasi ini.
Aku sedar cinta bukan sekadar bila diperlukan aku cari dan bila tidak aku tinggalkan.
Pernah dulu kata-kata ini keluar daripada mulut mama dan terus menusuk ke kalbuku. Betul ke aku orang yang sebegitu? Orang yang tidak menghiraukan hati dan perasaan orang lain. Kadangkala terlintas di hatiku kenapalah ada orang suka pada aku. Pergilah suka pada orang lain yang jauh lebih baik, lebih cantik, lebih segala-galanya daripada aku. Ya Allah, kuatkan hatiku demi menempuh segala dugaan dan ujianMu ini. Hanya Kau yang lebih mengetahui apa dan siapa yang terbaik buatku. Kerana pada waktu ini segalanya masih kabur buatku. . .
Aku sedar cinta bukan sekadar bila diperlukan aku cari dan bila tidak aku tinggalkan.
"Siapa budak laki tu? Bila kau tak suka nanti kau tinggalkan dia. Ingat orang tak ada hati ke?"
Maafkanku atas segalanya.
Bukan niat untuk merahsiakan tapi semua ini terlalu sukar untuk diluahkan
Moga Aurora&Eskimo mendapat restu akhirnya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)