Thursday, August 9, 2012

Cinta, Budi dan Restu. Ada kena mengena ke?


Salam
Lately people have been talking and reviewing on Dejavu Di Kinabalu sebab series tu baru je habis last week. Jadi dengan ini ku ingin turut serta. Hehe. Since at my rental house there's ain't tv  *but now dah ada. Yeay!* so dengan gigihnya menonton di 


Ehem. . .semangat okay edit picture ni. Tapi picture asal di google sahaja. Hee

From the very beginning of the series lagi aku dah anti Nadirah. And later on Ammar pun turut sama di anti. Sebab? Sebab mereka terlalu leka dibuai 'CINTA' sehingga mereka rasa cinta itu hanya di antara dua pihak sahaja. Mak ayah kakak dan orang lain lansung tak ada makna. Betul ke cinta macam ni. Ada orang kata kalau keluarga kita tak suka dengan pilihan hati kita, tak apa lah. Kita bukan nak khawin dengan mak ayah dia pun. Kataku? Perkhawinan adalah antara aku, kau dan kaum keluarga kita. Adil ke kalau kerana cinta kita ketepikan orang lain yg selama ini hadir dalam hidup kita. Yang telah lahirkan dan membesarkan kita. I don't think so.

Cinta itu tak buta. Kita yang kena buka mata untuk melihat takala cinta hadir mengaburi penglihatan ini. Sebab sewaktu bercinta kita melihat meggunakan rasa, emosi dan bukannya mata dan bantuan akal. Aku pernah kenal seorang lelaki yang sifatnya seperti Bazli. Terlalu baik, penyayang, sanggup buat apa sahaja demi tidak melukai hati yang gadis yang dicintainya. Dan apa yang terjadi adalah gadis yang tidak kenang budi itu pergi meninggalkan lelaki yang terlalu mencintainya lebih daripada dirinya sendiri. Atas dasar apakah? Kerana katanya *seperti juga kata ayah Nadirah*

. .CINTA dan BUDI adalah dua perkara yang berbeza. .

Mungkin betul kita sukar untuk jatuh cinta dengan orang yang berbudi kepada kita. Tak semestinya orang tu buat baik pada kita, kita mesti akan jatuh cinta padanya. Tapi selalunya orang yang berbudi pada kita ni atas dasar cintanya pada kita. Maka tak salah untuk mencintai orang yang cintakan kita dan sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan kita. Kita mungkin tidak mencintai orang yang bakal kita khawini tapi kita pasti mencintai insan yang bergelar suami. At least it is for me. InsyaAllah I'll love my hubby til the end of my life. . . *Eh hubby? Gatai nak khawin yea cik ain. Hiks

The point is, bercintalah berpada-pada. Meaning that cinta itu bukanlah segalanya. Ia perlukan restu keluarga kedua-dua belah pihak kerana doa ibu bapa itu sangat makbul. Dan pastinya kita inginkan hubungan yang berkekalan dan diredhaiNYA. Lelaki yang sanggup membelakangkan keluarga pihak perempuan bukanlah lelaki yang layak dikhawini maka jauhilah lelaki yang sebegini. Baiklah. . .itu sahaja daripada saya, doktor pakar jiwa jiwa *haha. Perasan!*
Sekian. 











Friday, July 27, 2012

Mudah itu tak selalunya Terbaik

Salam Ramadhan buat semua!


Its first Friday of this holy month and may all of us is blessed by the Almighty Allah s.w.t. Genap 2 minggu aku bergelar pekerja/RA/chemist/postgraduate student wanna be. Jadi syukur Alhamdulillah atas rezeki yg telah dikurniakan. These couple of days have been kinda menguji keimanan dan tahap ketabahan diri ini. Tak pernah pernah nak drive sendiri cari jalan ke tempat kerja dengan hanya berpandukan GPS and Google Map tapi kini aku mampu. Walaupun sesat barat tapi berjaya la juga kan *bangga dengan diri sendiri #eh. 

Tak cukup dengan tu, hari yg berlalu sering menguji pengetahuanku tentang pengangkutan awam dan kini makin expert on it. Haha. Minggu ke2 lebih mencabar tatkala lepas sahur je dah kena bergerak keluar naik bas, naik teksi, tumpang orang, travel sekejap di UM sekejap di Subang bla bla bla. Kadang kala rasa nak putus asa *especially 2 3 hari yg pertama* dan tak nak teruskan. Tapi aku kuatkan juga hati. Moral of the story, 

. . hidup ini tak selalunya mudah. Dan yang mudah itu tak semestinya yang terbaik buat kita. Maka apa kata sebaliknya meminta Allah mempermudahkan segalanya, kita mohon moga Allah tabahkan hati ini agar kita kuat dan redha dalam menghadapi segala ujianNya. Kerana sesungguhnya Dia lah tuhan yang Maha Mengetahui. .


Ohh btw hari ini nak share this particular one song that I keep listening in the car. Kereta yg ditumpang actually. Hee. And kt sini nak say thanks kepada mereka yg sudi menumpangkanku. Mereka sangat baik. Serious. Tak tipu. Nanti aku story mory ea :p But for the time being, hayati lagu ini!! :D

Hadirnya tanpaku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Saturday, July 14, 2012

Be sexy, then we'll talk. Heh?

Salam.
Hi!
Wanted to write something these past few days but I was too lazy to do so. And now that I am diligent enough, I am out of idea. Heh?
Jadi apa kata hari ini bercerita tentang apa yang sedang dilakukan diri ini ketika ini. Which is. . . NOTHING :p

I took my final paper on 13th of June so it means today officially been a month since I became 'penanam anggur yang berjaya'. Susah juga nak mencari kerja ni kan. Selama ni dengar daripada mulut orang tapi sekarang barulah sedar memang susah *am I too early to say this? You know it only been a month* Banyak juga la company yang dah di-email resume but so far I didn't manage to hit a potluck, yet. Jadi persoalannya 

what it takes to be employed?


Err I don't know. Haha. How should I? Anyways, since I asked this question I would like to share a story.
Beberapa minggu yg lepas, salah seorang kawanku berjaya di-interview oleh seorang yg boleh dikatakan berwibawa. A bank officer/executive of a well-known company. The interview went well, he was a nice officer, thought few things to my friends bla bla bla until he opened up his mouth and said to my friend *which is HER*


". . .awak tak patut pakai baju kurung. Patutnya datang pakai seluar slacks, baju kemeja dengan blazer. . ."


Nampak macam tak ada masalah dengan apa yg disuruh, kan? Tapi nak tahu kenapa tak boleh pakai baju kurung? Sebab nampak mcm kekampungan dan yg lebih penting, TAK SEKSI. Ada juga soalan lain yg se-genre.

". . Awak tak kisah pakai ketat kan?"

" kalau nanti client ajak pergi karaoke, keluar minum sama, hope awak tak kisah. ."

Seriuosly? Come on la. Sesama Melayu kot. Pangkat PAK CIK lagi tu. So I would like to ask, are you looking for a bank officer or a GRO, pak cik? Man will always be man. Do I have to be sexy to be employed? Pftt

Jangan sampai nanti kawan aku buat mcm ni haaa. Baru ketaq kepala lutut orang tua tu. Lol