Assalamualaikum w.b.t
Astaghfirullah for past for I am a sinful devotee. Alhamdulillah for today
for breath of faith and imaan. InshaAllah for future for being a faithful
devotee and istiqamah till the end.
Pada Sabtu yang lepas 7hb November 2015, hubs and I went to FRIM for some
‘training’. Actually this coming weekend kami akan pergi tracking Bukit Kutu di
Kuala Kubu Bharu dan disebabkan I’ve stayed home for too long, I am self-conscious
dan rasa diri sendiri perlukan sedikit work out la before tracking. Takut
pancit cepat sangat nanti malu dengan member lain yang join tracking tuu hihi.
Masih ingat lagi kali terakhir datang ke FRIM was in 2010 untuk tracking
dan naik Canopy Walkway which was 5 years ago! Yups, memang lama gila dah tak
bergomol dengan nature. Tapi sayang kali ini tak dapat nak naik Canopy Walkway
lagi sebab kebetulan beberapa minggu yang lepas, FRIM telah dilanda ribut yang
telah ‘mencederakan’ beberapa pokok penting mereka. So let the trees heal
first!
Pagi Sabtu tu bangun seawal 5.45 am untuk sediakan bekal nasi lemak –
hubs request dan bertolak dari Bukit Jalil (our house) about 6.15 am. Dari sini
ke FRIM ambil masa hanya 30 mins sebab weekend so the traffic was clear,
Alhamdulillah. Since FRIM is a huge place, hubs guna maps untuk cari the
nearest entrance untuk tracking ke Sungai Kroh.
TRACKING
PLAN
Engkabang to Rover Trail – 30 mins
Rover Trail – 30 mins
To picnic area Sungai Kroh from Rover Trail – 30 mins
Dalam pukul 7 am tu dah ramai orang yang beriadah includes jogging,
tracking, main tenis dan basikal and many other activities la. Meriah sangat
dan rasa seronok that we Malaysian are still doing healthy stuffs together
whenever we have time.
So about 7.20 am we finally started our jungle tracking via Engkabang
Trail – Trail yang agak mudah yang melalui kawasan hutan nipis dalam 20 mins
dan kemudiannya tembus terus ke Rover Trail. Di awal tracking tu ada la panjat
memanjat sedikit menggunakan tali yang disediakan dan since the night before
hujan, trail agak berlumpur so kasut dan seluar berlumpur la sikit.
Jalan masuk ke Trail Engkabang sebelah je Rumah Melaka ni |
Park kereta kat sini dan jalan 5 mins untuk ke area Rumah Melaka dan masuk ke Trail Engkabang |
Akan jumpa sekolah ini bila park kereta di situ |
Map ini terletak kt picnic area Sungai Kroh |
Ini lah jalan masuk ke Engkabang. Nampak macam scary tapi ada trail so just follow along the path |
Let's go! |
Sebaik sahaja keluar dari Engkabang dan masuk ke Rover Trail, kami
terserempak dengan beberapa orang lain yang jogging dan tracking. Mostly yang
jogging di Rover Trail maybe pelari professional sebab jalan di situ macam
jalan tracking yang tak rata berbatu-batu dan kadang kala mendaki. Orang biasa
macam kitorg memang tak la nak jogging kt situ haha.
At the end of Rover Trail (after 30 mins of walking) we decided to
straight away go to picnic area where Sungai Kroh situated. Kalau betul nak
challenge diri lebih sikit, boleh je nak teruskan ke camp site tapi bukan buat
masa sekarang la sebab laluan tu ditutup sebab ribut.
Turun je ke picnic area trail, banyak batu-batu besar sebab itu kawasan sungai.
Agak tricky nk turun tapi tali disediakan so no worries just be extra careful
sebab I did hurt myself on the way down. Lutut kanan terhentak ke batu besar
sewaktu turun so time tu memang langsung tak boleh nak jalan la dan luka sikit
je. Tengok, this is the reason why I need practice. Lemah sangat huuu..
Finally after another 30 mins of tracking, about 9 am kami pun sampai la
di picnic area and there was this one guy in FRIM uniform waiting for us.
FRIM guy : Abang lalu mana
masuk sini tadi yea?
Us : Engkabang,
dekat dengan Rumah Melaka tu.
FRIM guy : Ohh, dah biasa
datang sini ke? Mana tau trail tu?
Us : Ikut map je
la. Jalan pun ada track so lalu je. First time la guna trail tu haha.
FRIM guy : Okay.
Next time jangan lalu situ lagi yea sebab sekarang ni kami tengah tutup Rover Trail
dan kalau lalu juga kat situ, jadi apa-apa memang bukan under tanggungjawab
FRIM la.
Me :
Di website beritahu Rover Trail tutup tapi tak tau pun Engkabang tu tembus ke
situ, tak ada tulis pun Rover Trail dan tak ada notis apa-apa di laluan tu.
Hubs :
Kira kita nasib baik la dapat lalu kat situ tadi, pasni dah tutup dah hehehe..
Me :
Lol
NOTE: Make sure do some research on the particular website
before you go anywhere for any activity. Kitorg dapat tau pasal ribut pun sebab
buka website FRIM a day before. This research can help you to make better plan,
save time and most importantly for your safety.
Selepas tu kitorg pun turun ke bawah untuk ke Sungai Kroh dan makan nasi
lemak yang dibawa. Along the way there ramai orang yang tengah piknik sambil makan
dan mandi-mande, ada juga yang bersenam dan bertafakur. Tak jauh dari situ
there was this event, perhaps family day and loud music was playing while
little children screaming and having fun.
Selesai saja makan dalam pukul 9.30 am kami pun gerak balik. Ingatkan
balik berdua, rupa-rupanya berempat. EMPAT?! Jeng jeng jeng. While driving back
home, hubs pegang kaki sebab gatal and there it was PACAT. Kelam-kabut kitorg
cari Petronas nak buang pacat tu dari kereta and then! Me myself plak felt
something gooey at my back so apa lagi terus genggam baju tak bagi kena badan.
Panggil hubs and he removed the pacat from my back – 1 inch away from masuk
seluar, GELI woi!!
Disebabkan pacat tu ‘dipaksa’ melepaskan diri dari terus menggigit, darah
keluar tanpa henti dengan banyaknya dan sampai hari ni still ada kesan luka dan
kudis yang belum sembuh.
TIPS:
1. Setiap kali
selepas activity outdoor, especially melibatkan hutan dan sungai, check seluruh
badan untuk make sure tak ‘terbawa’ balik PACAT/LINTAH.
2. Gunakan
garam untuk mudah lepaskan grip pacat/lintah dari gigit korang.
3. Hentikan pendarahan
akibat gigitan pacat/lintah dengan serbuk kopi diletak di tempat gigitan.
4. Pakai la stoking
tinggi or tights untuk haling pacat/lintah naik badan korang, eeuuww!
Well that’s how hubs and I spent
the last Saturday together embracing the nature. Maha suci Allah yang
menciptakan alam ini dengan penuh sempurna dan kecantikan yang tiada tolok
bandingnya. Can’t wait for this coming weekend for yet another weekend with
nature dan kali ini memang betul adventure sebab ktorg akan tidur atas bukit
yeay! I’ll update on that later after the trip inshaAllah.
Till then, assalamualaikum and have
a wonderful Wednesday peeps!