Saturday, October 2, 2010

Selamat malam..


Indah sungguh ciptaan yang Maha Esa
Malam yang indah dikurnia untuk hambaNya beristirehat dan
tatkala malam menjadi sepi..
hambaNya yang bertaqwa menyerah diri kepadaNya.
Dihiasi malam-malam sunyiNya dengan mainan mimpi-mimpi indah membuai lena sang manusia.
Hingga kadang-kala ada yang terlalu asyik di dunia mimpi yang fana sehingga azan subuh yang berkumandang tidak lagi mampu di dengarinya..

Friday, September 24, 2010

Raya!!!!


Raya datang lagi!!! Alhamdulillah...dapat aku sambut lagi raya buat kali ini setelah sebulan menempuhi Ramadhan bulan penuh barakah. So memandangkan iblis dan syaitan telah kembali bebas, jangan pulak kamu nak buat jahat yea cik ain!!! esh3...jgn!! Sila banyakkan amalan mu di Syawal ini.

Haa...nie bila nak puasa 6 nie?? Memanglah tu hanya amalan sunat tapi dah alang-alng kena ganti puasa, apalah salahnya sambung terus dgn puasa 6... *cewah-cewah...budget kamu sgt baik yea tapi actually hari tu aku baru je kena "sound" dgn a very good friend of mine..hee terima kasih yea kamu kerana mengingatkan sy :p

Btw here is a dalil...just for sharing :))

Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Siapa yang berpuasa
Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa
seumur hidup'." [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-
Tirmidzi 1164]

So next week insyaAllah aku berazam utk berpuasa even actually dah 15 Syawal now and ada kemungkinan tak sempat but the thoughts that counts..insyaAllah.. So rakan2...ayuh!! rebut pahala cpt!! :))